PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
Pakatan Harapan (PH) terutama DAP didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman susulan tulisan Presiden Pas berhubung kebanyakan pemberi rasuah adalah dalam kalangan bukan Islam dan bukan Bumiputera kerana gabungan parti itu kepanasan ekoran dikelilingi pemberi rasuah ketika ini.
Oleh sebab itu, apabila Tan Sri Abdul Hadi Awang menulis tentang menghapuskan golongan pemberi rasuah, PH terasa bahangnya. Sedangkan, beliau berkata, satu kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan mendapati 88 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah bukan Melayu.
Menurut kajian tersebut 57.46 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah adalah dari kaum Cina, 30.51 peratus dari kaum India dan 12.03 peratus dari kaum Melayu.
Katanya, dapatan dari kajian itu juga menyebut, antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman sama ada berupa denda atau penjara, selain mahu mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan dengan tender perolehan dan seumpamanya.
Justeru itu beliau berkata, apa yang ditulis oleh Presiden Pas baru-baru ini selari dengan dapatan kajian yang dinyatakan di atas.
Oleh itu, PH terutama DAP tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman untuk kepentingan politik mereka.
Dakwanya, pada PRU ke-14 pada tahun 2018, lebih 90 peratus pengundi kaum Cina mengundi PH, manakala majoriti besar pengundi kaum India juga mengundi gabungan parti politik yang sama.
Bagaimanapun, dalam beberapa PRK dan PRU peringkat negeri baru-baru ini, undi kedua-dua kaum sudah mula beralih dari PH.
“Menyedari peralihan tersebut, pimpinan PH kembali memainkan sentimen perkauman seperti yang mereka lakukan terhadap tulisan Presiden Pas.
”Perlu diakui, wabak rasuah ini melibatkan semua kaum sama ada Melayu, Cina atau India.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut, majoriti yang terlibat sebagai penerima rasuah adalah dari kaum Melayu, manakala majoriti yang terlibat sebagai pemberi rasuah adalah dari kaum bukan Melayu.
”Bagaimanapun, yang selalu dipersalahkan adalah penerima rasuah, sedangkan pemberi rasuah juga adalah sebahagian dari golongan bermasalah yang perlu dibenteras.
Demikianlah intipati daripada tulisan Presiden Pas,” tegasnya. Zuhdi berkata, rakyat tidak lagi boleh ditipu kerana selepas PH menerajui kerajaan pada 9 Mei 2018 beberapa tuduhan salah,guna kuasa dan rasuah telah berlaku dalam kalangan pimpinan PH.
Semasa PH memerintah juga beberapa pegawai Menteri PH telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki menerima sogokan, malah yang paling tidak boleh dilupakan, kes-kes yang melibatkan pimpinan utama PH termasuk antaranya kes rasuah telah digugurkan oleh Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, yang pro PH, ujarnya.
Hakikatnya, semasa PH memerintah, badan-badan yang seharusnya bebas sebagai kuasa semak dan imbang pihak eksekutif telah dibolot oleh mereka yang dikenali sebagai mesra PH atau baik dengan pemimpin tertentu dalam PH.
Dakwa Zuhdi lagi, PH telah melantik Speaker Parlimen dan pegawai-pegawai beliau dari kalangan anggota parti mereka termasuk Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dua agensi terpenting kerajaan dalam persoalan ketelusan, dilantik dari kalangan pendukung dan penyokong PH.
”Oleh yang demikian, PH tidak berhak mendakwa pemerintahan mereka selama 22 bulan bersih dari salahguna kuasa dan rasuah.
Nasib baik PH memerintah hanya 22 bulan, sekiranya lebih lama tidak mustahil lebih ramai pemimpin PH yang terjebak dengan salahguna kuasa dan rasuah.
”Perlu diingat, golongan pemberi rasuah sentiasa mengelilingi mana-mana parti politik dan pemimpin mereka yang mereka yakini boleh disogok. Realitinya sekarang, mereka sedang mengelilingi PH,” katanya. MG
PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.