Tiga drama cecah rating tinggi

Tiga drama cecah rating tinggi

Ketika drama Melayu kerap menerima kritikan netizen atas alasan tema ‘stereotaip’ dan lakonan hambar yang ditampilkan, termasuk aspek teknikal, namun masih ada produk boleh dibanggakan serta mendapat pujian.

Ada juga drama dihasilkan mampu mencecah rating tinggi dan sohor kini disebabkan kualiti dipamerkan, bukannya bersandarkan kepada kontroversi picisan bertujuan memancing emosi netizen.

Buktinya, beberapa drama disiarkan menerusi rangkaian televisyen Media Prima iaitu TV3 dan TV9 berjaya menjadi bahan bualan dek pengisiannya dirasakan menepati cita rasa penonton, ketika ini.

Antara drama yang mengisi program Ramadan menerusi dua saluran itu adalah Republik Gombak, Honeymoon dan Mem & Bibik-Bibik yang kini menjadi sohor kini dalam media sosial.

Berkongsi resipi kejayaan drama terbitannya, penerbit Mache All Star United Sdn Bhd, Norley Aimi Nadiah Shaari atau Nadiah meluahkan rasa teruja dan bangga apabila tiga drama terbitannya mendapat maklum balas positif penonton.

“Tiada apa lebih menggembirakan selain diberitahu pihak stesen TV mengenai tiga drama ini menerima maklum balas positif. Walaupun senarai rating masih belum keluar, sambutan diberikan dalam media sosial, terutama aplikasi TikTok.

“Ramai pengguna aplikasi berkenaan memuat naik semula video babak dirasakan menarik dan melucukan. Malah, ada juga membuat parodi sesetengah babak yang boleh mencuit hati pelayar media sosial.

“Perkara ini secara tidak langsung turut membantu mempromosikan tiga drama ini,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi kejayaan drama terbitan, Nadiah berkata, perkara utama yang harus menjadi keutamaan adalah aspek kualiti.

“Kami tidak akan berkompromi dari aspek kualiti. Justeru, dari peringkat awal pembikinan sesebuah drama, kami akan memastikan skrip diterima menepati piawaian yang sudah ditetapkan.

“Begitu juga pemilihan pelakon, kami tidak akan pilih atas dasar populariti semata-mata. Walaupun ada ketika stesen TV mempunyai pilihan sendiri, jika berasakan pelakon dipilih tidak bersesuaian untuk membawakan sesuatu watak, saya tetap bertegas tidak mengambilnya berlakon.

“Bagi saya, perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya pernah bertegang urat dengan pihak stesen TV berhubung isu ini. Namun, sebelum mempertahankan hak, kenalah ada jalan penyelesaian seperti nama pelakon pengganti.

“Stesen TV masih boleh bertolak ansur jika kita berbincang dan turut memberi jalan penyelesaian terhadap perkara berbangkit,” katanya.

Mengulas apakah percaya kontroversi boleh menaikkan jumlah rating sesebuah drama hingga ramai yang berpaksi kepada perkara itu, Nadiah berkata, dia tidak mahu drama terbitan meraih kejayaan atas kecaman orang.

“Bagaimanapun, saya harus bersikap realistik kerana ada masanya, kontroversi sangat membantu. Saya ada juga melakukan perkara seumpama ini untuk sesebuah drama yang disiarkan di stesen penyiaran lain apabila menyelitkan dialog agak sensasi hingga menjadi tular.

“Namun, kontroversi dicetuskan tidaklah sampai tahap memalukan. Sekadar nak usik-usik sahaja supaya dapat menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan drama,” katanya yang bakal menjalinkan usaha sama dengan produksi dari Indonesia untuk menghasilkan filem, tidak lama lagi. BH

Tiga drama cecah rating tinggi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker