Bung nafi sedang sakit
Bung nafi sedang sakit
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin menafikan laporan beliau sedang sakit dan dirawat di hospital seperti gambar yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu mengesahkan beliau sihat dan kini berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas.
“Kepada semua rakan dan juga musuh politik, jangan bimbang, saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah.”
Katanya, beliau akan bersama rakyat dan penyokong BN di Kota Belud pada 10 Okt ini untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kota Belud serta Tuaran.
Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya, Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata, sejak semalam, beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp daripada beberapa pemimpin serta rakan bertanyakan khabar Bung.
Katanya, ini selepas gambar tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp menunjukkan Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Setiausaha Agung BN, Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Arifin.
“Gambar tersebut merupakan gambar lama sekitar 2015 atau 2016, ketika beliau balik daripada menjalani rawatan buah pinggang di China yang sengaja disebarkan dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi Bung. Hentikan perbuatan menyebar berita palsu ini.” FMT
Bung nafi sedang sakit
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3