Ayah tak bunuh mak…

Ayah tak bunuh mak…

Sungai Petani: “Ayah tak bunuh mak!” Itu perkataan yang mampu diungkapkan seorang lelaki warga emas ketika bertemu anak angkatnya, Norliana Basiron, 29, selepas dia secara tidak sengaja merempuh isteri hingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Tukang Jusoh, dekat sini, semalam.

Menurut Norliana, bapa angkat berusia 76 tahun itu dalam nada sebak berulang kali memberitahu yang dia bukan sengaja mahu menyebabkan kematian ibu ketika mereka bertemu selepas kejadian terbabit.

“Ayah datang pada saya dalam keadaan sugul dan dia memberitahu kejadian itu menyebabkannya rasa bersalah selain kecewa kerana mendengar dakwaan mengatakan dia sengaja melanggar ibu kerana berlaku pergaduhan antara mereka sebelum itu.



“Saya bagaimanapun menenangkan ayah dan memberitahu yang kejadian itu adalah takdir selain memintanya supaya tidak mendengar kata-kata daripada orang luar,” katanya.

Menurutnya, dia berharap orang ramai menghentikan sebarang tohmahan dan penyebaran berita palsu berhubung kejadian itu di media sosial kerana ia menyebabkan gangguan emosi kepada ahli keluarga.

“Ayah sudah berusia dan kejadian ini akan membuatkan dia tertekan lebih-lebih lagi jika mendengar cerita palsu yang disebarkan kerana dia mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

“Malah, saya juga terpaksa menyekat semua akaun media sosial anak kandung yang juga anak tunggal mereka sejak malam tadi kerana tidak mahu dia tertekan,” katanya.



Norliana berkata, bapa angkat serta ibu sangat rapat dan akan pergi ke mana saja berdua dan ada waktunya ditemani anak perempuan mereka yang berusia 37 tahun yang dipanggil kakak.

“Bagaimanapun, semalam saya bersama kakak menghadiri majlis kenduri kahwin di tempat lain manakala ibu dan ayah pula menaiki kereta ke kenduri berhampiran rumah.

“Selalunya, mereka akan menunggang motosikal bersama namun semalam, ayah dan ibu memilih untuk menaiki kereta yang kebetulan baru dibaiki,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga memang sudah tahu dengan perangai bapa yang akan mematikan enjin kenderaan sama ada motosikal atau kereta dalam keadaan bergear.



“Kakak juga selalu berpesan kepada ibu supaya tidak berdiri berhampiran kereta atau motosikal sekiranya ayah mahu menghidupkan enjin.

“Namun, mungkin ia sudah takdir buat ibu kerana terlupa pesanan itu dan berdiri terlalu hampir dengan kereta hingga menyebabkan dilanggar secara tidak sengaja,” katanya.

Dalam kejadian pada 3.10 petang semalam, Saadiah Saad, 69, maut selepas dirempuh kereta yang bergerak ketika suaminya menghidupkan enjin dalam keadaan bergear di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Tukang Jusoh, dekat sini.

Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalam badan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat. HM

Ayah tak bunuh mak…


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker