Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?

Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyangkal dakwaan anaknya akan mengambil alih syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline yang kini menggantung operasinya mulai hari ini.

Abang Johari berkata, anaknya Abang Abdillah Izzarim tidak tahu menahu berhubung isu pengambilalihan itu kerana ia memang tidak pernah dirancang oleh mana-mana pihak di Sarawak termasuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak tetap dengan fokus untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwing dan tidak pernah beralih ke syarikat penerbangan lain.

“Apa yang berlaku (spekulasi) ialah anak saya ke sana (Kuala Lumpur) bersama rakannya dan mereka menghadiri sesi dialog syarikat.

“Orang nampak anak saya lalu terus buat andaian. Kini anak saya serba salah, nak jalan (keluar) pun susah, semua orang perati (memerhatikannya),” katanya. BH

Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker