Warga emas tak sengaja langgar isteri hingga mati
Warga emas tak sengaja langgar isteri hingga mati
Seorang warga emas maut dilanggar kereta yang bergerak ketika suaminya menghidupkan enjin kenderaan itu dalam keadaan bergear, di Kampung Bukit Tukang Jusoh, Sungai Petani, hari ini.
Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata kejadian itu berlaku 3.10 petang dengan mangsa berusia 69 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera teruk dalam badan.
Menurutnya, pasangan warga emas berkenaan sebelum itu menghadiri kenduri kahwin di kampung berkenaan.
“Selesai menghadiri kenduri, mereka bersiap untuk pulang ke rumah di Kampung Telok Amboi.
“Suami mangsa yang berusia 76 tahun kemudian menghidupkan enjin kereta yang masih dalam keadaan bergear menyebabkan kenderaan terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar isterinya,” lapor Harian Metro.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT
Warga emas tak sengaja langgar isteri hingga mati
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3