Jurutera maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh lori

Jurutera maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh lori

SEPANG – Seorang jurutera maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Cyberjaya -Puchong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.40 malam di Kilometer 41.2 Jalan Cyberjaya – Puchong itu, mangsa berusia 34 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda CBR500 maut serta-merta di lokasi kejadian.



Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, lori yang dipandu seorang lelaki warga Pakistan dari arah Cyberjaya menghala ke Puchong tiba-tiba mengalami masalah enjin.

“Pemandu lori kemudian memberi lampu isyarat ke kiri untuk berhenti di bahu jalan sebelum mangsa dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang lori berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut serta merta dilokasi kejadian kerana kecederaan parah dan mayat di bawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. K Online



Jurutera maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh lori


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker