Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan

Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan

Penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelasnya, SPA mempunyai peruntukan dan kuasa disiplin tertentu, yang boleh diambil ke atas pegawai terbabit.



“Dalam mahkamah ada peraturan dan perlembagaan. Kalau pegawai (yang membocorkan dokumen) ini bukan daripada pihak hakim, maka ada perundangan di bawah SPA untuk kuasa-kuasa disiplin (diambil).

“Perkara yang tidak patut berlaku telah berlaku. Jangan buat apa-apa yang boleh menjadi masalah kepada sesuatu badan dan dalam kes ini badan kehakiman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Parlimen Santubong, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan dua individu membabitkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang pegawai undang-undang, bagi menyiasat kebocoran dokumen kes Rosmah itu.



Pada 27 Ogos lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen berkenaan. BH

Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker