Penjawat awam bocor dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan

KUCHING, 6 Safar 1444H, Sabtu – Penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelasnya SPA mempunyai peruntukan dan kuasa disiplin tertentu, yang boleh diambil kepada pegawai terlibat.

“Dalam mahkamah ada peraturan dan perlembagaan. Kalau pegawai (yang membocorkan dokumen) ini bukan daripada pihak hakim, maka ada perundangan di bawah SPA untuk kuasa-kuasa disiplin (diambil).



“Perkara yang tidak patut berlaku telah berlaku. Jangan buat apa-apa yang boleh menjadi masalah kepada sesuatu badan dan dalam kes ini badan kehakiman,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Parlimen Santubong.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan dua individu melibatkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang pegawai undang-undang, bagi menyiasat kebocoran dokumen kes Rosmah itu.

Pada 27 Ogos lepas, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita berkaitan dokumen berkenaan. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker