NCIA berjaya tarik pelaburan lebih RM37 bilion, beri manfaat kepada Kedah – Ismail

NCIA berjaya tarik pelaburan lebih RM37 bilion, beri manfaat kepada Kedah – Ismail

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya menarik pelaburan berjumlah RM37.21 bilion setakat ini melalui pelaksanaan pelbagai projek strategik berimpak tinggi yang seterusnya memberi manfaat kepada negeri Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi kejayaan itu lebih 36,717 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan di Kedah.

“Kerajaan melalui NCIA, terus komited memacu pembangunan sosioekonomi di Wilayah Utara,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah di Stadium Darul Aman di sini, semalam .

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan projek strategik berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City di Padang Terap akan turut dapat melonjakkan nilai dagangan dan menjadikan kawasan tersebut sebagai bandar sempadan utama negara.

Menurutnya, projek pembangunan seperti Intergrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting di Yan membuktikan bahawa Kedah tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan pusat.

“Sesungguhnya menjadi agenda kerajaan untuk membangunkan seluruh pelusuk negara termasuk di Kedah, bagi memastikan tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpingggir daripada nikmat pembangunan negara,” katanya.

Jelajah AKM Negeri Kedah itu yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor. MG

NCIA berjaya tarik pelaburan lebih RM37 bilion, beri manfaat kepada Kedah – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker