Berlian pink 11.15 karat dijangka catat harga lebih RM94 juta

Berlian pink 11.15 karat dijangka catat harga lebih RM94 juta

Sebutir berlian merah jambu yang digambarkan kedua terbesar pernah ditemui, dijangka mencatatkan harga lebih AS$21 juta (RM94.16 juta) apabila dilelong di Hong Kong pada Oktober ini, lapor laman berita Wion News semalam.

Firma lelongan Sotheby’s percaya bahawa berlian itu mempunyai potensi untuk mencatatkan harga tertinggi bagi kategori berlian merah jambu.



Permata berbentuk kusyen seberat 11.15 karat (2.23 gram) dinamakan ‘Williamson Pink Star’ sebagai penghormatan kepada dua berlian merah jambu lain.

Salah satunya ialah ‘CTF Pink Star’ yang dijual pada harga AS$71.2 juta (RM319.3 juta) dalam satu lelongan pada 2017.

Sebutir lagi batu ‘Willamson’ iaitu berlian 23.60 karat (4.72 gram) dihadiahkan kepada monarki Britain, Ratu Elizabeth sebagai hadiah perkahwinan oleh ahli geologi Kanada, John Thorburn Williamson.

Ratu Elizabeth menggayakannya pada kerongsang Cartier. Berlian itu ditemui di lombong milik Thorburn di Mwadui, Tanzania. ‘Williamson Pink Star’ juga berasal dari lombong itu.



“Berlian merah jambu sangat jarang ditemui.

“Faktor tambahan seperti lebih daripada 10 karat, tanpa cela dalaman dan Jenis IIA (subkumpulan berlian yang paling tulen dari sudut kimia) menjadikannya lebih berharga,” kata ketua barang kemas Sotheby’s, Kristian Spofforth. K Online

Berlian pink 11.15 karat dijangka catat harga lebih RM94 juta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker