Berhenti amal petua kencing pada sengatan obor-obor

Tindakan kencing pada bahagian badan yang disengat obor-obor adalah mitos dan tidak berkesan. – Novant Health

LONDON – Penduduk Britain digesa untuk berhenti membuang air kecil pada  kesan sengatan obor-obor yang kononnya mujarab bagi menghilangkan bisa, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Pakar-pakar  mengeluarkan amaran serius mengenai mitos popular bahawa air kencing membantu meredakan kesakitan disengat obor-obor.

Pihak London Aquarium menafikan mitos bahawa sengatan obor-obor paling baik dirawat dengan air kencing. Penafian itu disiarkan  selepas tinjauan baharu mendapati hampir satu pertiga rakyat Britain masih percaya mitos tersebut adalah benar.

London Aquarium menggesa orang awam untuk mengelakkan cecair badan mereka sendiri atau keluarga atau rakan dan sebaliknya membilas bahagian yang terjejas dengan air laut, keluarkan  sesungut yang tertinggal daripada sengatan menggunakan penyepit dan merendam kaki yang disengat di dalam air panas untuk mengurangkan kesakitan.

Pakar di London Aquarium, Jack Willans berkata, orang ramai perlu berhenti mempercayai semua yang mereka pernah lihat di televisyen dan mendapatkan nasihat pihak pakar.

“Kencing pada sengatan obor-obor jelas mitos.

‘Kami menasihatkan orang ramai untuk mengelak  mengikuti petua kencing pada sengatan obor-obor  dan ikuti beberapa langkah mudah yang tidak melibatkan penggunaan air kencing sebagai penawar,” tegas Willans.

Peningkatan bilangan obor-obor di kawasan pantai Britain pada musim panas ini adalah berpunca  daripada suhu tinggi dan peningkatan cahaya matahari pada bulan Julai dan Ogos lalu. Keadaan itu menyaksikan terdapat  lebih banyak plankton yang merupakan makanan obor-obor, mengakibatkan populasi hidupan marin itu meningkat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker