PAS ulangi pendirian dan peringatan pada Muhyiddin, tiada kerjasama dengan PH

ALOR SETAR: Isu kerjasama politik menjadi pokok perbincangan dengan sayap Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama terbuka un­tuk bergandingan dengan par­ti-parti lain kecuali Pakatan harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu jelas apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan lebih 800 perwakilan Dewan Pemuda mengakui tidak ada satu pun parti di negara ini yang boleh memerintah secara bersendirian.

Sebaliknya, katanya, gabu­ngan terbaik diperlukan untuk membentuk kerajaan dan di­sebabkan itu Pas terus bersikap terbuka untuk berunding de­ngan mana-mana pihak kecuali Pakatan Harapan (PH).



Pendirian hampir sama disua­rakan oleh Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari apabila beliau menggesa pucuk pimpinan parti supaya memuktamadkan segera isu pembahagian kerusi, calon dan kerjasama politik bagi mengenal pasti ‘siapa kawan, siapa lawan.’

Beliau juga terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak terutamanya UMNO, malah memberikan tempoh sehingga hari penamaan calon ununtuk berunding bagi mengelak kedua-dua parti Melayu terbesar itu bertembung pada PRU15.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin ketika bercakap dalam Muktamar Dewan Ulama turut mengulangi penegasannya, Muafakat Nasional (MN) masih belum berakhir walaupun ‘pihak sana lipat perjanjian di bawah meja.’

Katanya, Pas tidak pernah ‘melipat’ perjanjian MN, sebaliknya terus terbuka untuk melihat UMNO dan parti itu menjalin hubungan antara satu sama lain.



Bukan itu sahaja, Ketua Muslimat Pas, Senator Nuridah Mohd. Salleh dalam ucaptamanya di hadapan perwakilan muslimat turut mengajak seluruh rakan politik berganding bahu membangunkan negara menerusi pelbagai formula pe­nyatuan ummah.

Katanya, walaupun formula penyatuan yang dibawa Pas berdepan cabaran, Pas tetap tidak berganjak daripada usaha untuk menyatupadukan antara satu sama lain.

Sentimen tersebut dijangka terus disuarakan dalam ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini. – UTUSAN

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker