Sesko tersisih dua aksi penting Slovenia

Sesko tersisih dua aksi penting Slovenia

Sesko tersisih dua aksi penting Slovenia
SESKO alami kecederaan ketika menentang Tottenham. FOTO Reuters

Manchester, England: Pemain Slovenia, Benjamin Sesko terlepas dua perlawanan penting kelayakan Piala Dunia pasukannya selepas penyerang Manchester United itu mengalami kecederaan lutut pada Sabtu lalu.

Sesko dikeluarkan pada minit ke-88 ketika keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelabnya percaya kecederaan itu tidak serius.

United memaklumkan pemain tersebut akan terus dinilai di pusat latihan Carrington minggu ini.

Slovenia perlu menewaskan Kosovo pada awal pagi Ahad dan sekurang-kurangnya seri menentang Sweden di tempat lawan pada 18 November untuk mempunyai peluang mara ke pusingan play-off kelayakan Piala Dunia, yang diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan.

Slovenia kini berada di tangga ketiga Kumpulan B dengan tiga mata, ketinggalan di belakang Switzerland (10) dan Kosovo (7) manakala Sweden pula berada di tangga terakhir dengan satu mata.

Sesko tersisih dua aksi penting Slovenia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker