Netizen kutuk Liza Hanim tak cerdik – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza ‘back up’ Liza Hanim dikutuk netizen fizikal buruk

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan kelantangan pemilik akaun Instagram Jabatan Netizen yang mengkritik rupa paras dan fizikal rakan seperjuangannya, Liza Hanim adalah sebagai tidak cerdik.

Menurut Siti, 44, kesempurnaan seseorang tidak seharusnya dinilai berdasarkan kecantikan apatah lagi semua itu merupakan anugerah Tuhan kepada setiap individu.

“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam.

“Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” katanya dalam nada kecewa.

Sentiasa memberi sokongan padu, pelantun lagu Percayalah itu mendoakan agar setiap langkah Liza dalam industri seni diberikan kejayaan berganda oleh Allah SWT.

“Kepada kakak saya Liza Hanim, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan, Allah sudah menjanjikan kejayaan.

“Semoga Tuhan permudahkan segala-galanya buat awak,” ujarnya.

Komen Siti seterusnya dibalas semula oleh Liza, 44, yang berharap perkara tersebut menjadi pengajaran buat pihak lain.

“Terima kasih sayang (Siti). Sebak baca komen awak dan semoga isu ini menjadi iktibar kepada semua.

“Jadilah individu yang baik buat semua orang,” balasnya.

Terdahulu, media sosial semalam kecoh dengan komen yang ditulis pemilik akaun Jabatan Netizen yang menyifatkan rupa paras dan fizikal Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abd Halim menjadi penghalang utama dirinya untuk popular. K Online

Netizen kutuk Liza Hanim tak cerdik – Siti Nurhaliza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker