Tiga anggota kumpulan pemuzik ditahan, tanam ganja dalam pasu

Tiga anggota kumpulan pemuzik ditahan, tanam ganja dalam pasu

LANGKAWI: Dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Lembu dekat Kedawang sekitar jam 1.30 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek, anggotanya menemukan sebuah beg berwarna hijau.

“Sebaik dibuka di dalamnya mengandungi 17 peket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 178.14 gram.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai tiga pokok ganja yang ditanam di dalam pasu di hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Shariman berkata, hasil geledahan di dalam rumah itu turut menemukan peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat menimbang digital di atas lantai ruang tamu rumah terbabit.



Dua suspek lelaki masing-masing berusia 24 dan 26 tahun serta wanita berusia 25 tahun itu ditahan serta kesemua barangan rampasan di bawa ke IPD Langkawi untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian air kencing kemudiannya mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis ganja.

Hasil siasatan ketiga-tiga suspek kumpulan muzik busker yang aktif di pulau ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 6B (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. Awani



Tiga anggota kumpulan pemuzik ditahan, tanam ganja dalam pasu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker