Populasi ubur-ubur bertambah sebab penyu makin kurang
KUALA TERENGGANU – Populasi ubur-ubur yang terdapat di perairan negara dikesan telah meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini, sekali gus mengancam nyawa manusia.
Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Fazrul Hisam Abd. Aziz berkata, kajian mendapati, pertambahan populasi ubur-ubur berlaku pada bulan Julai, Oktober, November dan Disember.
“Peningkatan populasi ubur-ubur meningkat disebabkan kekurangan haiwan pemangsa khususnya penyu belimbing yang sudah lama tidak muncul di perairan negara.
“Perubahan iklim dunia sejak akhir-akhir ini turut mempengaruhi taburan dan pergerakan ubur-ubur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Fazrul Hisam berkata, sengatan ubur-ubur boleh menyebabkan seseorang itu pening, muntah, tekanan darah meningkat secara mendadak dan kegatalan pada kulit tubuh.
Tambah beliau, bagi sesetengah kes, sengatan ubur-ubur boleh memberikan kesan serius yang mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.
“Sehubungan itu, rawatan awal amat penting untuk menyelamatkan nyawa mangsa terlibat.
“Kalau boleh, bawa sekali sampel ubur-ubur yang menyengat bagi memudahkan rujukan pegawai perubatan bertugas ketika memberi rawatan sesuai,” katanya.
Mohd. Fazrul Hisam berkata, dua spesies ubur-ubur yang sering dikesan berada di perairan negara ini ialah Chiropsoides Buitendijki dan Morbakka.
Kosmo! semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis maut akibat disengat ubur-ubur pada Isnin lalu.
Mangsa yang berusia lima tahun terkena sengatan ubur-ubur itu ketika mandi di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Peguam utama Najib mahu tarik diri kerana tidak diberi masa
- Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen
- Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah
- Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
- Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat
- Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh
- Ahli perniagaan saman CTOS, CIMB atas dakwaan salah lapor kredit
- Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis
- Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang
- Pencuri larikan telefon ketika buat mangsa sedang ‘live’ [VIDEO]
- Air mani jadikan kulit berseri?
- Polis siasat kes ‘pensyarah terlampau’
- Tukar RXZ Dengan Tanah Lot, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman