Najib Hanya Mahu Perbicaraan Yang Adil, Kecewa Dan Terkejut Keputusan Mahkamah

Oleh Tun Teja

KEMAHUAN setiap pemimpin untuk diri sendiri sangat berbeza-beza. Ada pemimpin yang mengkayakan kroni dan anak beranak serta cucu cicit mereka. Namun bagi pemimpin hebat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau hanya mahukan perbicaraan yang adil sahaja.

Adakah hak beliau tersebut dinafikan apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali? Rakyat Malaysia yang waras sudah tentu dapat menjawab soalan tersebut.

“But justice is a long road. Sometimes, you can get it here, you can get it elsewhere,”



Memetik artikal Malay Mail, Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim berkata “But justice is a long road” selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti baharu dalam rayuan terakhirnya SRC International Sdn Bhd.

Keputusan Mahkamah tersebut menyebabkan Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kecewa dan terkejut. terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan. Beliau tidak menyangka mahkamah menolak permohonan beliau untuk memasukkan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau mendakwa permohonannya untuk memasukkan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini, sememangnya mempunyai konflik kepentingan yang cukup besar.

Nazlan pastinya mempunyai pengetahuan peribadi tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM.



Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020 sedangkan beliau pernah berada dalam Kumpulan Maybank sebelum ini dan merupakan antara individu yang mencadangkan penubuhan SRC.

Datuk Seri Najib tetap bersemangat untuk terus melawan semua pertuduhan yang disabitkan terhadapnya walaupun selepas permohonan memasukkan bukti baharu dan penangguhan prosiding rayuan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalannya, mampukah Datuk Seri Najib mendapat perbicaraan yang adil?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker