Ahli politik jangan berkokok, ekor bergelumang tahi – KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat rasuah dalam kalangan ahli politik di negara ini.

Menurutnya, ahli politik sering mengambil kesempatan ‘berkokok’ menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun ‘ekor’ mereka ‘bergelumang dengan tahi.’

“Rakyat Malaysia marah, sekejap ‘katak’ lompat (ahli politik) hantar SPRM masuk kerana wujud ‘katak’ di situ (politik),” ujarnyanya dalam sidang media di sini petang tadi.

Abdul Hamid kesal dengan apa yang berlaku selepas dirinya berusaha ‘membersihkan’ rasuah dalam PDRM namun ia tidak berlaku dalam poiltik di negara ini.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai politik selepas bersara, Abdul Hamid menafikannya.

“Saya takkan masuk politik tapi saya tahu apa itu politik,” katanya yang membayangkan sudah tiba masanya berehat dan menumpukan hobinya bercucuk tanam.

Ditanya apa yang beliau terkilan sepanjang menjadi peneraju PDRM, Abdul Hamid mengakui beliau tidak sempat pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah integriti polis yang berlaku di kedua-dua negeri itu kerana kekangan Covid-19.

Bagaimanapun beliau berharap penggantinya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dapat menanganinya selepas ini.

Abdul Hamid juga menjelaskan apa yang berlaku dalam kejadian kompaun RM50,000 terhadap seorang peniaga di Kota Bharu, Kelantan telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, kompaun dikenakan melibatkan premis bukan individu kepada pesalah dan ia melibatkan kompaun RM50,000 dan bukan RM10,000 sekiranya perseorangan.

Namun, katanya, ia masih boleh dibuat rayuan oleh pihak terlibat.

Beliau berkata, PDRM sentiasa berusaha meningkatkan penguatkuasaan bagi membantu kerajaan menangani penularan Covid-19 dan kadangkala dijadikan bahan kritikan sesetangah ahli politik. MG

Audio Hamzah : Saya minta KPN beri nama kepada YDP, salah ke ?

Related Articles

One Comment

  1. ekor sendiri pun bergelumang dengan tahi
    rakyat pelik betul dengan kegagalan hamid bador mengekstradisi jho low
    jangan kata jho low…
    nik faisal pun hamid bador gagal ekstradisi
    nik faisal tu apalah sangat nak dibandingkan dengan jho low(ketua mastermind)

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker