Polis tahan peniaga letak vape di mulut bayi

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan meletakkan vape ke mulut seorang bayi perempuan berusia 7 bulan sebelum rakaman kejadian tersebar di media-media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini pada pukul 12.45 tengah hari tadi selepas menerima laporan kejadian oleh pengadu, yang merupakan ibu kepada bayi terbabit kelmarin.

Menurut beliau, suspek berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, esok.

“Menurut laporan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Secara tiba-tiba, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rupiah, rakaman kejadian tersebut kemudian dimuat-naik oleh adik pengadu ke laman sosialnya sebelum ianya menjadi tular dan menteri kecaman masyarakat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker