Malaysia capai sasaran enam pingat emas

KUALA LUMPUR – Gimnas muda kebangsaan, Ng Joe Ee memastikan kontinjen Malaysia mencapai sasaran ditetapkan pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila menghadiahkan pingat emas keenam negara sebentar tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Arena Birmingham itu, Joe Ee menampilkan aksi cukup memukau apabila merangkul dua pingat emas menerusi disiplin bola dan riben, sekali gus memastikan sasaran Malaysia tercapai.

Meskipun membuat penampilan sulung pada temasya sukan empat tahun sekali itu, namun dia menampilkan aksi cukup baik menerusi disiplin riben sebentar tadi apabila mengutip mata tertinggi 27.800 mata bagi merangkul pingat emas keenam negara.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik atlet Scotland, Louise Christie selepas mencatat 27.550 mata manakala pingat gangsa dimenangi atlet Kanada, Carmel Kallemaa menerusi catatan 27.500 mata.

Dalam pada itu, seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan terpaksa berpuas hati selepas menamatkan disiplin riben di tempat keempat apabila hanya mengutip 27.200 mata.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker