Pokok hempap kereta, kepala Imam Masjid Bukit Beruang terselamat

KEADAAN sebatang pokok tumbang yang menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA: Seorang imam yang bertugas di Masjid Bukit Beruang, Ayer Keroh di sini hanya mampu mengucapkan perkataan syukur selepas terselamat daripada tragedi apabila kereta dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Amir Hamid berkata, mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berdepan detik cemas itu di persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Beruang di sini, kira-kira pukul 7.50 pagi.

Beliau berkata, kejadian itu turut melibatkan sebuah lagi kereta, namun kedua-dua mangsa dapat dikeluar dan diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 8.01 pagi, kemudian sebuah jentera dari BBP Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kita mendapati terdapat sebatang pokok tumbang di atas jalan raya dan telah menghempap dua kenderaan.

“Imam berusia 47 tahun itu keluar dengan selamat manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Mohd. Amir, bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok dan membersihkan laluan berkenaan bagi melancarkan lalu-lintas.

“Setakat ini kita tidak dapat memastikan sebab pokok berkenaan tumbang secara tiba-tiba, memandangkan cuaca hari ini adalah dalam keadaan baik,” katanya

Pokok hempap kereta, kepala Imam terselamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker