Penduduk Islam Songkhla bantah pembinaan berhala Kuan Yin terbesar dunia
BANGKOK – Lebih 4,000 orang Islam berhimpun bagi membantah pembinaan patung Kuan Yin terbesar dunia di Gunung Khao Lon, wilayah Songkhla di selatan Thailand, lapor laman Thaiger, kelmarin.
Presiden Jawatankuasa Islam Wilayah Songkhla, Sakkriya Bilsal bersama imam dari setiap masjid di wilayah itu adalah antara mereka yang menentang pembinaan patung dewi Cina setinggi 200 meter di atas gunung itu.
Lokasi tersebut dikelilingi penempatan masyarakat Islam.
Kuan Yin (juga ditulis Guanyin atau Kuan Im) ialah ‘Dewi Belas dan Ihsan’ Cina yang disembah oleh penganut Buddha di China, Tibet, Jepun, Korea, Thailand, Vietnam, dan beberapa pergerakan Buddha Barat.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis ‘Penduduk Kampung Jana-Thepa tidak mengalu-alukan TPIPP’.
TPI Polene Power Plc yang merupakan pengendali loji janakuasa tempatan merancang untuk membina patung itu dan membangunkan kawasan perindustrian di daerah Chana.
Orang Islam tempatan percaya bahawa pembinaan patung itu bukan kerana agama tetapi bermotifkan keuntungan kerana pelaburan modal besar dalam projek tersebut.
“Anda mungkin mempunyai hak untuk membina apa sahaja di atas tanah anda, tetapi kami mahu anda memikirkan bagaimana ia membantu untuk hidup bersama dalam masyarakat beragama Islam,” kata salah seorang imam masjid yang membuat bantahan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
You must be logged in to post a comment.