Pemilik Snickers minta maaf gelar Taiwan negara

GAMBAR menunjukkan coklat Mars dan Snickers. – AFP

Gergasi kandi Amerika Syarikat (AS), Mars Wrigley menegaskan bahawa pihaknya menghormati kedaulatan negara China dan memohon maaf kerana iklan coklat Snickers keluarannya merujuk Taiwan sebagai negara sekali gus mencetuskan kemarahan Beijing.

Tangkap layar iklan menampilkan kumpulan pop Korea Selatan, BTS itu tular di media sosial China di mana sebarang bentuk kenyataan sedemikian adalah tabu.

“Kami sedar bahawa aktiviti berkaitan Snickers di rantau tertentu dipandang amat serius dan kami benar-benar meminta maaf,” kata Mars Wrigley dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial China, Weibo semalam.

“Mars Wrigley menghormati kedaulatan negara China dan integriti wilayahnya. Kami melakukan perniagaan dengan mematuhi secara ketat semua peraturan dan undang-undang China,” tambahnya.

Beijing menyuarakan kemarahan pada minggu ini apabila Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi tidak mempedulikan amarannya dan melawat Taiwan.

China menganggap pulau itu sebagai sebahagian wilayahnya dan berjanji akan merampasnya menggunakan kekerasan jika perlu. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker