“Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
“Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
Lima pemimpin teratas UMNO telah berjumpa pada 27 Julai, menandakan Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hampir.
Sinchew Daily melaporkan, pemimpin termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu antaranya untuk menentukan masa paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.
Susulan pertemuan yang turut disertai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, seorang sumber memberitahu Sinchew Daily, “pilihan raya tidak akan lebih lewat dari Disember tahun ini.”
Gambar pertemuan “Top 5” UMNO itu telah dikongsikan oleh ketua pemuda parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan perkongsiannya segera mengundang spekulasi pilihan raya.
Menurut sumber, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS dijangka akan mengumumkan untuk menerima hasil Perhimpunan Agung UMNO Khas (PAU Khas) untuk menundakan pemilihan parti kepada dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.
Kata sumber, keadaan itu sekali gus bermakna UMNO tidak lagi perlu melaksanakan apa-apa “Pelan B” yang dikhabarkan sebelum ini.
“Perdana Menteri cenderung kepada pilihan raya selepas Bajet 2023, tetapi pemimpin lain cenderung mahu mengadakan pilihan raya sebelum pembentangan Bajet 2023.
“Kedua-dua pihak masih berunding, termasuk kemungkinan mengawalkan pembentangan Bajet kepada September,” kata sumber kepada Sinchew Daily.
Sementara itu, Mohamad Hasan memberitahu akhbar itu, pendirian UMNO untuk membubarkan Parlimen secara secepat mungkin tidak pernah berubah, tetapi tarikhnya hanya boleh dicadangkan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ditanya sama ada soal pembubaran termasuk tarikhnya dibincangkan antara pemimpin “Top 5” , Mohamad berkata, perkara itu diserah kepada pertimbangan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mencadangkan tarikh kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Perdana Menteri tidak memberi apa-apa janji mengenai tarikh pilihan raya.
“UMNO pula telah menetapkan pendirian sejak awal iaitu kami mahu segera membubarkan Parlimen,” katanya.
Sementara itu, berhubung kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kecewa kerana Ismail Sabri tidak melaksanakan persetujuan dengan Perikatan Nasional (PN), sumber berkata, perjanjian itu adalah tidak sah.
Kata sumber, perjanjian itu tidak diterima dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Perdana Menteri justeru tidak perlu menuruti.
Katanya, perjanjian hanya sah jika Perdana Menteri menandatangani sebagai Naib Presiden UMNO dan mendapat pengesahan Majlis Tertinggi.
Hamzah sebelum ini menggesa Ismail Sabri supaya tidak menepis perjanjian yang telah dicapai pada hari pertama PN menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Susulan daripadanya, Asyraf pula menggesa PN supaya tidak mengugut Perdana Menteri demi mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. MG
“Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
Baca Artikel Menarik:
- Dua maut tanah runtuh di Kota Kinabalu
- Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
- Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto
- Wanita batal perkahwinan selepas lihat bakal suami dimandikan ibunya
- Wanita hampiri menopaus jadi ibu pada usia 51 tahun
- Lelaki minum susu isteri jadi tumpuan netizen (Video)
- Kisah Sedih Peniaga Cendol Raih Simpati Netizen (Video)
- Aliff Syukri buat hal lagi
- Bubar Parlimen, ini kata PM
- Ashanty, Hermansyah dikecam dedah kekerapan lakukan hubungan kelamin
- Takkan RM1,500 je – Jeffrydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah
Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit