‘Saya tak undi RUU anti-lompat sebab protes’, kata Ahli Parlimen Bersatu

‘Saya tak undi RUU anti-lompat sebab protes’, kata Ahli Parlimen Bersatu

Seorang Ahli Parlimen Perak menjadi antara 11 wakil rakyat yang tidak mengundi Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat, berkata beliau tidak hadir ke Dewan Rakyat, hari ini, sebagai tanda protes.

Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Bersatu, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan selepas pilihan raya akan datang memandangkan kerajaan hari ini diwakili mereka yang sudah melompat ke parti lain.



“Kerajaan yang kita ada yang mewujudkan lompat parti. Perdana menteri pun dipilih daripada mereka yang bertukar parti.

“Saya tidak menghadiri persidangan kerana tidak bersetuju dengan semua ini,” katanya kepada FMT.

Hussin berkata, lompat parti secara besar-besaran tidak pernah terjadi sebelum ini, sambil menyatakan ia hanya berlaku, baru-baru ini, ketika gabungan baharu dibentuk.

“Ini kali pertama (lompat parti besar-besaran) berlaku. Kita boleh menunggu sehingga pilihan raya akan datang (untuk bentang RUU itu).”



Hussin berkata, sebaliknya wakil rakyat sepatutnya meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan rakyat memilih secara terus calon perdana menteri kerana ia akan membolehkan “kerajaan kuat dan lebih stabil”.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, berkata beliau tidak hadir pada persidangan hari ini kerana sakit.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, berkata antara tidak hadir mengundi hari ini membabitkan Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik, yang kini sedang berada di Ireland.

Wakil rakyat lain yang tidak hadir membabitkan Menteri Sumber Manusia M Saravanan (lawatan kerja ke Indonesia), Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu (berada di United Kingdom bagi Sukan Commonwealth) dan Ahli Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi (berada di Makkah).



Selain itu, Ahli Parlimen Taiping Teh Kok Lim dan Ahli Parlimen Bentong Wong Teck tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin Covid-19.

Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi dan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, tidak hadir namun alasan ketiadaan mereka tidak dapat disahkan. FMT

‘Saya tak undi RUU anti-lompat sebab protes’, kata Ahli Parlimen Bersatu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah



Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker