Jerman berdepan krisis tisu tandas
BERLIN – Jerman diramal berdepan masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya bekalan gas dari Russia terus berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, lapor laman berita RT kelmarin.
Menurutnya, operasi kilang kertas akan mengalami kerugian sekiranya mereka terpaksa menghasilkan produk pada kapasiti yang dikurangkan disebabkan masalah bekalan gas.
Pengerusi Lembaga Persatuan Kertas Bavaria, Jurgen Schaller berkata, ini kerana proses penghasilan kertas memerlukan bekalan air, elektrik dan gas dalam jumlah yang besar.
Menurutnya, teknologi tersebut telah dicuba dan diuji, serta tidak dapat diubah dengan segera.
“Ramai pekerja di syarikat saya kini bimbang dengan situasi sekarang dan saya tidak menyalahkan mereka.
“Ini kerana jika kita hanya boleh mengeluarkan 50 atau 60 peratus daripada kapasiti produk, operasi kilang kami tidak akan menguntungkan. Sejujurnya, saya juga bimbang,” katanya kepada akhbar tempatan Zeit Online.
Jerman dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan menyaksikan pengurangan dalam penerimaan bekalan gas asli dari Russia. Perkembangan tersebut mendorong kerajaan masing-masing mengeluarkan amaran yang boleh menjejaskan industri.
Saluran paip Nord Stream 1 kini beroperasi cuma 20 peratus daripada kapasiti sepenuhnya. Moscow memberikan alasan masalah teknikal berkaitan turbin di stesen pemampat Portovaya, Russia sebagai punca ia terpaksa memotong bekalan gas cecair ke Eropah terutamanya Jerman.
Syarikat gergasi tenaga Russia, Gazprom mendakwa, pihaknya gagal menggunakan saluran paip transit lain iaitu melalui Ukraine dengan kapasiti penuh kerana rangkaian pengangkutan gas negara itu telah menolak permohonan transit. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Dua maut tanah runtuh di Kota Kinabalu
- Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
- Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto
- Wanita batal perkahwinan selepas lihat bakal suami dimandikan ibunya
- Wanita hampiri menopaus jadi ibu pada usia 51 tahun
- Lelaki minum susu isteri jadi tumpuan netizen (Video)
- Kisah Sedih Peniaga Cendol Raih Simpati Netizen (Video)
- Aliff Syukri buat hal lagi
- Bubar Parlimen, ini kata PM
- Ashanty, Hermansyah dikecam dedah kekerapan lakukan hubungan kelamin
- Takkan RM1,500 je – Jeffrydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah
Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit
You must be logged in to post a comment.