Ugut Perdana Menteri, UMNO cabar Bersatu tekan butang segera

Umno hari ini menempelak Perikatan Nasional (PN) yang dilihat mengugut Ismail Sabri Yaakob malah dengan sinis dan secara tidak langsung mencabar gabungan tersebut untuk bertindak nekad.

Ketua pemudannya Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan tersebut boleh dilakukan PN agar pilihan raya umum (PRU) yang baru dapat diadakan segera.

“Tak perlulah mengugut perdana menteri (Ismail Sabri) untuk mendapatkan juga jawatan timbalan perdana menteri dan menteri lain.

“Kalau nak tekan button, tekanlah sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik kenyataan media oleh Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin.

Terdahulu Hamzah berkata PN melahirkan rasa kecewa terhadap Ismail Sabri dan memutuskan untuk menghantar wakil bagi menemui perdana menteri terbabit tidak lama lagi.

Kata Hamzah, gabungan berkenaan melihat Ismail Sabri tidak bersungguh untuk memenuhi persefahaman yang dicapai sebelum ini dan ia dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dihadiri para pemimpin kanan parti komponen terbabit malam tadi.

Sebagai rekod sebelum ini Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mendedahkan pertemuannya dengan Ismail Sabri bagi membincangkan lantikan jawatan baru termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, beberapa perkara penting telah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut berlandaskan kandungan perjanjian antara PN dan perdana menteri berkait jawatan timbalan perdana menteri dan menteri.

Kalau ugut, Umno lawan

Mengulas perkembangan terbaru di antara PN dan Ismail Sabri itu, Asyraf Wajdi mempersoalkan apakah PN memang takut untu menghadapi PRU ke-15.

“Kenapa takut sangat nak hadapi PRU ke-15? Biarlah rakyat tentukan secara mutlak siapakah selayaknya diberikan mandat yang akan menentukan lakaran masa depan kestabilan negara dan kesejahteraan mereka.

“Selagi ugut-mengugut dan tekanan demi tekanan diberikan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan sementara tanpa mandat rakyat ini berterusan, selagi itulah tiada jaminan kestabilan dapat dicapai sekali gus menghakis keyakinan pelabur untuk melabur bagi memulihkan ekonomi dan inflasi yang dihadapi rakyat ketika ini,” jelasnya.

Sementara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil turut mempersoalkan apakah Hamzah masih mahu menuntut jawatan timbalan perdana menteri.

“Masih mahu tuntut jawatan timbalan perdana menteri ke Hamzah? Rakyat ingin kembalikan semula mandat kepada mereka. Bukan serah jawatan timbalan perdana menteri kepada Bersatu,” katanya.

Pada masa sama Isham mencadangkan Ismail Sabri agar tidak melayan kehendak Bersatu.

Katanya jika Bersatu terus memberi tekanan dan mengugut Umno, parti itu mempu melawan kehendak Bersatu.

“Perdana menteri tak perlu layan mereka ini. Jika mereka ugut, kita akan lawan. Umno parti akar umbi, ada lebih tiga juta ahli. Usah peduli tuntutan pelompat parti.

“Rakyat lebih penting daripada mereka ini. Kita bubar parlimen, serah mandat di tangan pengundi, reset dan kembalikan kestabilan politik, dan pulihkan ekonomi secepat mungkin,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker