Tentera AS akan dedah jet halimunan rahsia
Tentera AS akan dedah jet halimunan rahsia
WASHINGTON – Senator Amerika Syarikat (AS), Mike Rounds mengesahkan bahawa sebuah pesawat pengebom halimunan rahsia milik tentera AS akan didedahkan kepada umum akhir tahun ini, lapor akhbar Daily Star.
Kewujudan pesawat pengebom B-21 Raider itu sering kali diuar-uarkan sebelum ini, namun tidak pernah disahkan oleh Pentagon.
Rounds menyatakan perkara itu selepas menjadi satu-satunya pegawai wakil rakyat yang menyertai lawatan rahsia ke kilang yang membangunkan jet tersebut minggu lalu.
Menurut beliau, jet pengebom kalis radar tersebut akan melakukan penerbangan pertama pada 2023.
“Banyak maklumat yang saya peroleh semasa sesi lawatan ini adalah maklumat rahsia, namun saya ingin melaporkan bahawa pembinaan B-21 adalah mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan.
“Orang ramai dijangka boleh melihat jet tersebut hujung tahun ini. Ia merupakan antara pesawat paling canggih yang pernah dihasilkan,” kata senator dari negeri Dakota Selatan itu.
Jenis senjata yang akan dibawa oleh pesawat B-21 atau nama penuhnya, Northrop Grumman B-21 Raider itu masih belum diketahui.
Namun, ia dijangka beroperasi sebagai pesawat pengebom strategik antara benua. Pesawat jarak jauh dengan muatan berat itu mampu membawa senjata konvensional dan bom nuklear.
Bilangan B-21 yang dibina setakat ini dirahsiakan, namun sebuah pesawat itu dijangka berharga sekitar AS$24 bilion (RM107 bilion).
Tambah Rounds, B-21 Raider akan mempunyai penambahbaikan keselamatan tambahan kerana ia merupakan pesawat pengebom berkeupayaan nuklear. K Online
Tentera AS akan dedah jet halimunan rahsia
Baca Artikel Menarik:
- Dua maut tanah runtuh di Kota Kinabalu
- Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
- Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto
- Wanita batal perkahwinan selepas lihat bakal suami dimandikan ibunya
- Wanita hampiri menopaus jadi ibu pada usia 51 tahun
- Lelaki minum susu isteri jadi tumpuan netizen (Video)
- Kisah Sedih Peniaga Cendol Raih Simpati Netizen (Video)
- Aliff Syukri buat hal lagi
- Bubar Parlimen, ini kata PM
- Ashanty, Hermansyah dikecam dedah kekerapan lakukan hubungan kelamin
- Takkan RM1,500 je – Jeffrydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah
Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit
You must be logged in to post a comment.