RUU anti-lompat parti diluluskan Dewan Rakyat
RUU anti-lompat parti diluluskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.
RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari bermula semalam melibatkan 54 Ahli Parlimen.
Semasa undi belah bahagi yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun, seramai 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.
Penggubalan akta anti-lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Ia memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan daripada Ahli Parlimen atau dua pertiga bagi membolehkan ia diluluskan dan menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia kelak.
RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggulung perbahasan RUU hari ini.
Pembentangan RUU anti-lompat parti adalah salah satu syarat utama memorandum persefahaman (MoU) antara Ismail dan Pakatan Harapan (PH).
Semasa sesi perbahasan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) menyifatkan RUU itu sebagai “kemenangan untuk rakyat” dan berharap ini akan membawa kepada lebih ramai pengundi keluar untuk mengundi, pada pilihan raya umum akan datang.
“(Undang-undang ini akan menjadi) penamat kepada mereka yang berniat untuk mengkhianati rakyat,” katanya semasa perbahasan sambil menambah RUU itu adalah hasil positif kerjasama antara kerajaan dan PH.
Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), berharap undang-undang itu dapat menamatkan trend lompat parti di Sabah, sejak sekian lama.
“Sebagai orang Sabah, cukuplah dengan lompat-lompat (parti) ini. Sabah akan terus ketinggalan kerana lompat parti hanya menguntungkan pelompat dan bukannya rakyat,” katanya.
Awal bulan ini, Wan Junaidi berkata, beliau menjangkakan undang-undang itu akan dilaksanakan, pada akhir September, jika RUU itu diluluskan semasa mesyuarat Dewan Rakyat sidang ini. FMT
RUU anti-lompat parti diluluskan Dewan Rakyat
Baca Artikel Menarik:
- Dua maut tanah runtuh di Kota Kinabalu
- Yazmin Aziz cemas gempa bumi kuat di Baguio
- Polis siasat dakwaan kes tular guru dera murid autisme
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Pelancong Britain maut terkena kipas helikopter ketika rakam swafoto
- Wanita batal perkahwinan selepas lihat bakal suami dimandikan ibunya
- Wanita hampiri menopaus jadi ibu pada usia 51 tahun
- Lelaki minum susu isteri jadi tumpuan netizen (Video)
- Kisah Sedih Peniaga Cendol Raih Simpati Netizen (Video)
- Aliff Syukri buat hal lagi
- Bubar Parlimen, ini kata PM
- Ashanty, Hermansyah dikecam dedah kekerapan lakukan hubungan kelamin
- Takkan RM1,500 je – Jeffrydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah
Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit
You must be logged in to post a comment.