DUN Kedah lulus naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
DUN Kedah lulus naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
Persidangan DUN Kedah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.
Speaker DUN Kedah Juhari Bulat berkata, pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.
“Kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun dia umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah, kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Dalam pada itu, Juhari berkata, beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa ADUN Pengkalan Kundor Ismail Salleh daripada Amanah hari ini atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.
Beliau berkata, notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh yang terlalu singkat iaitu semalam sekali gus tidak mengikut peraturan tempoh 14 hari bagi usul biasa manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa tujuh hari ataupun sehari dengan kebenaran menteri besar Kedah.
“Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan Pejabat Menteri Besar bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata, sekiranya pihak pembangkang beranggapan usul itu penting untuk dibincangkan di dalam dewan dengan segera, mereka boleh tampil bertemunya dengan memberikan alasan munasabah untuk memberi sokongan berbuat demikian.
“Jelas usul yang nak dibawa ke dewan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja ataupun dibawa oleh Menteri Besar (bagi notis dalam tempoh) tujuh hari ataupun paling tidak sehari…mereka tidak hubungi saya…kalau dia ikhlas WhatsApp saya, tulis surat,” katanya.
Sanusi berkata, peraturan dewan itu penting untuk dipatuhi bagi memastikan sebarang usul yang dibahaskan nanti berlandaskan fakta tepat daripada laporan jabatan ataupun agensi kerajaan berkaitan.
Beliau juga meminta pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan isu banjir dan kejadian kepala air di Baling yang berlaku awal bulan ini.
“Laporan daripada Jabatan Perhutanan saya dah dapat, saya sudah ada kronologi dan tahu siapa yang menandatangani surat untuk luluskan projek ini (ladang Musang King di Gunung Inas).
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu, saya tak mahu ‘blame game’ dan saya hendak adil kepada semua. Sekarang kita tidak mahu cari salah siapa, yang penting jalan penyelesaian,” katanya.
Persidangan DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. FMT
DUN Kedah lulus naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib