Tuntut pilihan raya, bukan jawatan TPM

Tuntut pilihan raya, bukan jawatan TPM

Tidak sewajarnya menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika isu ekonomi rakyat perlu diberi keutamaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak terbabit perlu lebih realistik dalam membuat tuntutan.

Beliau menegaskan, adalah lebih wajar untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan supaya rakyat diberikan mandat untuk memilih kerajaan baharu.

“Perlu lebih realistik menilai keperluan semasa. Yang diperlukan memulih ekonomi semasa, kerajaan yang lebih dengan mandat rakyat bukannya menuntut jawatan TPM ketika isu ekonomi rakyat perlu diberikan diutamakan, bukannya jawatan TPM.

“Yang wajar dituntut ialah mandat rakyat melalui pilihan raya bagi menangani ketidaktentuan politik agar kestabilan politik terhasil, dasar ekonomi yang lebih kukuh dan mampu menarik minat pelabur,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menegaskan, dalam keadaan sekarang politik yang dimainkan seharusnya berpijak kepada realiti semasa rakyat.

Politik ugut mengugut, politik menuntut jawatan yang datang dan timbul secara tiba-tiba menurut Ahmad Zahid, tidak seharusnya mewarnai arena politik negara.

Tambah beliau, UMNO akan sentiasa matang dan bijaksana dalam menguruskan apa ahaja sepak terajang politik yang melibatkan parti itu.

Ini berikutan UMNO merupakan parti tertua di Malaysia dan parti terbesar orang Melayu.

“ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) akan memberikan kata putus mengenai pindaan Perlembagaan UMNO sebelum 16 Julai 2022.

“Pada masa sama, dikhabarkan ada pula perjanjian MoU (memorandum persefahaman) di antara Perikatan Nasional dan Perdana Menteri untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada PPBM.

“Begitu banyak cerita sensasi, kontroversi dan fitnah, tohmahan serta provokasi yang dilakukan. Mungkin semuanya adalah kebiasaan sepak terajang politik,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, fokusnya dan kepimpinan utama parti ketika ini hanyalah untuk menjaga kebersamaan dan ukhuwah.

Beliau menegaskan UMNO akan sentiasa matang dan tetap bersedia untuk mengemudi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini mendedahkan terdapat perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan TPM.

Wan Saiful mendakwa, perjanjian itu dibuat sebelum Ismail Sabri dilantik menjadi perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin yang hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. MG

Tuntut pilihan raya, bukan jawatan TPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker