Padah kenakan pembelian minyak bersyarat
Padah kenakan pembelian minyak bersyarat
Georgetown: Beli barangan bernilai lebih RM10, baru layak beli dua peket minyak masak. Itu tindakan peniaga yang mengenakan pembelian bersyarat terhadap pelanggannya.
Namun tindakannya itu menerima padah apabila sebanyak 187 peket minyak masak berjenama bagi 1 kilogram (kg) disita dalam serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang terhadap premis di Pesara Claimant, di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, A Mogan berkata, aktiviti peniaga berkenaan terbongkar selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam dan risikan oleh pegawai penguatkuasa agensi terbabit.
Menurutnya, seorang peniaga berusia 37 tahun diambil keterangan bagi siasatan kerana disyaki mengenakan pembelian bersyarat minyak masak tanpa kebenaran pengawal bekalan.
“Susulan itu, pegawai penguatkuasa menyita sebanyak 187 peket minyak masak berkenaan dengan nilai rampasan RM467.50.
“Premis berkenaan menjalankan perniagaan jenis borong dan runcit barangan kering dan sejuk beku, ” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Mogan berkata, KPDNHEP Pulau Pinang giat menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bekalan minyak masak dan barangan di sekitar negeri ini susulan isu kenaikan harga yang semakin menjadi perhatian.
Katanya, KPDNHEP Pulau Pinang menasihati peniaga supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau peniaga. HM
Padah kenakan pembelian minyak bersyarat
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET