Mayat kanak-kanak tanpa tangan, kepala ditemui disyaki dibaham buaya

Mayat kanak-kanak tanpa tangan, kepala ditemui disyaki dibaham buaya

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Selasa lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah, hari ini.

Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan pada 1.50 petang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya hilang.

“Anggota yang hilang ialah kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 7.40 pagi tadi.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



“Operasi ditamatkan pada 2.05 petang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. FMT

Mayat kanak-kanak tanpa tangan, kepala ditemui disyaki dibaham buaya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker