Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
Gaji minimum penjawat awam perlu dinaikkan memandangkan sudah 15 tahun tidak disemak dan masih pada kadar RM1,200 sekali gus menjadi tercorot berbanding negara lain Asia Tenggara serta tidak berbaloi dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada setiap tahun.
Gaji minimum di Thailand adalah AS$414 sebulan atau bersamaan RM1,832 dan Indonesia pula AS$326 (RM1,443) manakala gaji tukang cuci di Singapura paling rendah adalah berjumlah AS$871 (RM3,855).
Sebaliknya, gaji permulaan pembantu tadbir kerajaan gred N11 berjumlah RM1,216 di samping hanya menerima Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM80 setahun, namun masih menerima gaji RM2,000 walaupun 10 tahun berkhidmat.
Situasi itu menyebabkan kira-kira 650,000 penjawat awam dalam kumpulan pelaksana yang tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada had pendapatan garis kemiskinan (PGK) negara iaitu RM2,208.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Zulkifli Mohamed berkata, kadar gaji minimum penjawat awam RM1,200 sudah dilihat tidak relevan dengan situasi semasa dan kadar itu perlu disemak kepada RM1,800 selaras peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Paling menyedihkan katanya, jumlah itu hanya bertahan tidak sampai tiga hari selepas menerima gaji pada hujung bulan dan membayar pelbagai perbelanjaan termasuk sewa rumah, kos makan minum dan pendidikan anak-anak.
“Ini tidak termasuk potongan pinjaman bank dan sewa kuarters, baki itulah yang tinggal itulah untuk menyara mereka dan keluarga. Apatah lagi serba-serbi barang sudah meningkat tetapi gaji tidak pula meningkat.
“Meskipun ramai cakap penjawat awam ada pelbagai elaun, namun kadar itu tidak mampu dan masih rendah untuk menyara kehidupan khususnya membabitkan mereka yang tinggal di kawasan bandar.
“Sebab itulah, ada penjawat awam terpaksa mencari pendapatan tambahan dan kerja separuh masa selepas waktu pejabat seperti jual burger, bawa teksi dan sebagainya demi menanggung isteri dan anak-anak sehingga ke lewat malam,” katanya.
Kali terakhir semakan gaji penjawat awam dibuat pada 2007 iaitu ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan kenaikan gaji minimum kakitangan awam daripada RM800 kepada RM1,200.
Dalam pada itu, Zulkifli merangkap Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Universiti-Universiti Awam Malaysia (Gakum) berkata, hasil kaji selidik pihaknya baru-baru ini mendapati sebanyak 28,556 penjawat awam atau 89.9 peratus respondens menyifatkan kenaikan gaji adalah sangat perlu dilaksanakan kerajaan.
Katanya, kajian itu yang membabitkan 31,780 kakitangan awam yang dijalankan bermula 28 Mac hingga 1 April lalu itu turut mendapati 16,877 orang atau 53.1 peratus menyatakan gaji sedia ada tidak cukup dan 12,514 individu (39.4 peratus) sangat tidak cukup.
“Justeru, antara tuntutan kita kepada kerajaan adalah semakan gaji gaji minimum kepada RM1,800 dan peningkatan kenaikan KGT sebanyak 35 peratus yang membabitkan kumpulan pelaksana gred 11 hingga 40.
“Paling terkesan adalah 700,000 kakitangan kerajaan melibatkan kumpulan pelaksana daripada gred 11 hingga 40 kerana julat gaji mereka dilihat masih rendah sedangkan mereka kumpulan terbesar daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam,” ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya sudah banyak kali mendesak kerajaan supaya mendengar rintihan keluh nasib penjawat awam agar setimpal dengan keistimewaan dinikmati kakitangan swasta yang menerima gaji minimum RM1,500 bermula 1 Mei lalu.
“Untuk maklumat, penjawat awam tidak tertakluk dengan gaji minimum swasta. Oleh itu, pengumuman RM1,500 tersebut tidak memberi kesan kepada kami.
“Kami berharap suara ini dapat didengar dan tidak dipandang sepi kerajaan supaya menaikkan gaji minimum dengan kadar segera. Jika tidak, kami berhasrat berkumpul bersama-sama 10,000 penjawat awam di Putrajaya bagi menyuarakan tuntutan ini,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET