Warga emas terjatuh, kepala tersangkut kerusi plastik

Warga emas terjatuh, kepala tersangkut kerusi plastik

KLANG: Seorang warga emas terpaksa mengharungi detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada sebuah kerusi plastik selepas terjatuh di rumahnya di Taman Seri Puteri Meru di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 12.18 tengah hari.



“Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendapati seorang warga emas berumur 78 tahun telah terbaring di lantai dan kepalanya telah tersangkut pada kerusi plastik.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak bermaya. Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai terjatuh sebelum tersangkut pada kerusi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hafisham berkata, pasukan penyelamat mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.

Katanya, wanita berusia 78 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Sinar



Warga emas terjatuh, kepala tersangkut kerusi plastik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker