UUM perkenal menu RM3.50

UUM perkenal menu RM3.50

Lebih 17,000 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima manfaat daripada inisiatif Menu Keluarga Malaysia pada harga RM3.50, yang diperkenalkan di setiap kafeteria dalam kampus.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, berkata UUM turut memberi baucar makan percuma berjumlah RM5 setiap hari kepada 140 pelajar terpilih dari golongan B40 untuk membeli makanan di kafeteria di setiap Inapan Siswa (INASIS).

Katanya, bagi memastikan kadar harga makanan di dalam berada pada kadar harga yang berpatutan, UUM juga melaksanakan kawalan harga makanan dan barangan di kedai runcit demi menjaga kebajikan pelajar dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

“UUM sentiasa menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan harga barang dan makanan dalam kampus terus terkawal dan tidak membebani pelajar.

“UUM amat prihatin terhadap kebajikan pelajarnya sepanjang tempoh pengajian mereka di kampus dalam usaha meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Prof Haim Hilman, berkata UUM sentiasa bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa Inapan Siswa serta pemimpin pelajar dalam mendapatkan maklumat berkaitan sebarang isu dan permasalahan membabitkan kebajikan pelajar.

Katanya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM juga akan terus memantau tanda harga makanan dan barangan di semua premis dalam kampus supaya tidak berlaku sebarang kenaikan harga sewenang-wenangnya hingga membebankan pelajar, terutama golongan B40.

“Di samping itu, UUM turut menyahut inisiatif KPT yang memperkenalkan Food Basket Siswa Keluarga Malaysia dan sudah mengedarkan bakul makanan kepada 450 pelajar B40 di semua INASIS dalam kampus sejak 2021.

“UUM juga sedang memperkasakan inisiatif Food Bank Siswa dan Food@Campus dengan kerjasama pelbagai pihak lain seperti kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), alumni, syarikat korporat dan badan persendirian untuk menyalurkan bantuan makanan dan minuman percuma secara berterusan kepada pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Prof Haim Hilman berkata

bagi membolehkan pelajar bekerja sambil belajar untuk menampung kos hidup mereka sepanjang tempoh pengajian, UUM memperkenalkan inisiatif On Campus Job (OCJ) sejak 2020.

Katanya, selain memberi pendedahan awal mengenai dunia pekerjaan, inisiatif itu juga dapat membantu pelajar mencari pendapatan sampingan secara lebih teratur. BH

UUM perkenal menu RM3.50


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker