Ubat mengandungi ganja mula dibenar tahun depan
Ubat mengandungi ganja mula dibenar tahun depan
Kementerian Kesihatan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati, terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.
Bagaimanapun, katanya, produk CBD nanti hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.
“Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.
“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir dalam majlis Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre.
Tambahnya, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.
Dari segi kelulusan produk CBD, Khairy berkata, produk-produk akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.
“Tetapi yang penting, kita kena tengok kesahihan produk itu, kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.
“Malah, dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis,” katanya.
Selain itu, Khairy turut mendedahkan bahawa terdapat ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.
“Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa penyelidik dari Universiti Malaya untuk melaksanakan ujian klinikal bagi penggunaan CBD bagi penyakit untuk situasi perubatan tertentu.
“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.
“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” katanya.
Bagaimanapun, Khairy mengakui ada yang meminta beliau supaya membenarkan penanaman ganja di negara ini.
“Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit. Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.
“Ramai yang hantar usul nak buat ladang ganja dan sebagainya, tetapi kita belum sampai tahap itu. Satu demi satu, dan buat masa ini produk CBD hanya preskripsi doktor dan bukan boleh dibeli di kaunter,” katanya. Utusan
Ubat mengandungi ganja mula dibenar tahun depan
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.