Lagi kes tempatan baru monkey pox di Singapura
Lagi kes tempatan baru monkey pox di Singapura
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes tempatan kedua jangkitan cacar monyet iaitu warga Britain berusia 48 tahun yang menetap di sini selepas diuji positif semalam.
Menurut laman web rasmi MOH, lelaki itu sedang dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil.
Lelaki itu dikesan mengalami ruam pada anggota badannya pada 6 Julai lalu dan kemudian demam Isnin lalu sebelum mendapatkan jagaan perubatan semalam dan kemudian dimasukkan ke NCID pada hari yang sama.
MOH turut berkata, pengesanan kontak sedang dijalankan dan menambah bahawa kes ini tidak berhubung kait sebarang kes jangkitan cacar monyet yang dikesan sebelum ini.
Kes pertama cacar monyet di Singapura adalah kes import iaitu pesakit warga Britain berusia 42 tahun yang bertugas sebagai pramugara. Beliau diuji positif pada 20 Jun lalu.
Singapura melaporkan kes jangkitan tempatannya yang pertama pada 6 Julai lalu membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura. Satu lagi kes import disahkan sehari selepas itu, warga India berusia 36 tahun menetap di Singapura dan baru-baru ini pulang dari Amerika Syarikat.
Kes keempat – satu lagi kes import – diuji positif pada 8 Julai lalu iaitu warga India berusia 30 tahun yang menetap di Singapura dan baru sahaja pulang dari Jerman.
Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan jangkitan virus cacar monyet. Ia biasanya penyakit yang boleh pulih dalam masa 14 hingga 21 hari.
“Penularan berlaku sekiranya terdapat kontak rapat dengan virus menerusi haiwan, individu atau persekitaran yang dijangkiti atau tercemar. Setakat ini, tiada rawatan tertentu yang terbukti atau selamat atau vaksin yang sedia ada bagi jangkitan cacar monyet,” katanya kenyataan itu.
MOH turut menasihatkan orang ramai yang melakukan perjalanan ke luar negara agar berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti memastikan kebersihan sendiri dan meminta bantuan perubatan jika mengalami sebarang gejala. BH
Lagi kes tempatan baru monkey pox di Singapura
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan