Jemaah Malaysia mula pulang bermula 17 Julai
Jemaah Malaysia mula pulang bermula 17 Julai
Jemaah haji Malaysia akan pulang ke tanah air bermula 17 Julai ini dan berlepas dari Jeddah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata penerbangan terakhir pula dijangka pada 12 Ogos iaitu selepas kumpulan jemaah terbabit selesai menziarahi Madinah.
“Seramai 14,305 jemaah negara telah mengerjakan haji dan mereka terdiri daripada 85 peratus di bawah pakej muassasah dan 15 peratus di bawah pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).
“Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan TH yang telah melaksanakan peranan mengendalikan jemaah haji Malaysia dengan cemerlang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Idris berkata tamat musim haji tahun ini, TH akan terus membuat persiapan untuk musim haji tahun 2023 dan beliau yakin agensi itu akan mempertingkatkan perkhidmatan serta menambah baik gerak kerja demi kebaikan jemaah.
Katanya, beberapa perkara telah dibincangkan bersama kerajaan Arab Saudi terutama membabitkan kos mengerjakan ibadah itu yang naik secara mendadak baru-baru ini.
“Pada minggu lepas saya dapat berjumpa dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah dan di dalam pertemuan itu juga saya berkongsi kerisauan jemaah dan juga TH tentang kenaikan kos menunaikan haji.
“Kos haji pada tahun ini yang pada mulanya dianggarkan sebanyak RM25,540 sebenarnya telah naik kepada RM28,000 bagi seorang jemaah. Ini disebabkan beberapa caj baru dan peningkatan kos sedia ada oleh syarikat pengurusan muassasah serta agensi-agensi lain di Arab Saudi,” katanya.
Keadaan inflasi yang berlaku di seluruh dunia turut menjadi kerisauan beliau terutama dalam urusan ibadah haji dan pihak TH perlu menerima realiti bahawa kenaikan kos berlaku setiap tahun.
Bagaimanapun, Idris berkata dalam masa sama TH perlu mencari jalan supaya bayaran ibadah itu tidak membebankan bakal haji Malaysia.
“Apa yang pasti ialah kita akan meneruskan bantuan kewangan haji kepada bakal jemaah yang memerlukan, tetapi kepada bakal haji yang memang mampu saya syorkan untuk membayar penuh kos haji atau kalau mahu boleh pilih pakej swasta,” katanya. Aw
Jemaah Malaysia mula pulang bermula 17 Julai
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan
You must be logged in to post a comment.