Adi Putra jawab Beto lebih layak jadi Mat Kilau
Adi Putra jawab Beto lebih layak jadi Mat Kilau
Tiada sekelumit pun rasa negatif bersarang dalam hati aktor terkenal Datuk Adi Putra ketika wataknya sebagai Mat Kilau dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibanding-bandingkan dengan pelakon Beto Kusyairy.
Kata Adi, dia menyedari timbulnya perbandingan daripada sesetengah pihak yang melihat watak tokoh dan pahlawan ternama itu lebih sesuai dipikul Beto.
Adi, 41, turut mengakui mengagumi kewibawaan Beto sebagai pelakon yang bagus dan hebat tetapi semuanya berbalik kepada soal rezeki dan sudah tertulis watak tersebut dijayakan olehnya.
“Saya tiada perasaan negatif walaupun ada orang di luar sana bandingkan Beto untuk bawa watak Mat Kilau. Segala pujian saya pada Beto, dia memang seorang pelakon yang versatil.
“Jadi pada saya, memang tak ada masalah kalau Beto membawa watak itu. Sebab apa-apa pun, dia seorang aktor yang bagus.
“Cuma untuk saya memegang watak itu, mungkin sudah tertulis. Bagi saya, Beto pun sesuai juga bawa watak Mat Kilau. Saya kenal dia pun dah lama, jadi kami tiada dendam sama ada saya lebih sesuai atau dia. Ini semua cuma perbandingan yang orang luar buat,” jelasnya.
Adi menjawab perkara tersebut ketika ditemui pada sesi santai bersama media di Hotel Seri Pacific, ibu kota semalam.
Biarpun filem arahan Syamsul Yusof berkenaan mencipta fenomena dan mencetus kebangkitan filem tempatan dengan mencatat kutipan pecah panggung luar biasa, namun tetap tidak dapat lari dari kritikan seperti pertikaian pemilihan pelakon untuk watak utama.
Dalam pada itu, Adi berkata, sebelum ini dia sebenarnya dua kali menolak tawaran memegang watak sebagai tokoh pahlawan negeri Pahang itu kerana sedar bukan satu tugas yang mudah.
“Pertama kali saya tolak sebab ada rasa risau. Umum tahu Mat Kilau tokoh yang namanya sangat besar. Selepas kali kedua pun ditolak, kali ketiga barulah saya terima.
“Itu pun selepas saya membuat rujukan dengan bertanya kepada waris-waris Allahyarham yang masih ada. Banyak aspek yang saya kaji untuk mendalami wataknya termasuklah ilmu persilatan, keagamaan dan sejarah.
“Kalau tanya kenapa Syamsul berkeras mahukan saya jadi Mat Kilau sehingga tiga kali diberi tawaran, itu kena ajukan kepada dia,” katanya.
Terdahulu, filem Mat Kilau yang menampilkan Adi, Beto bersama beberapa pelakon lain seperti Fattah Amin, Johan As’ari dan Yayan Ruhian ‘menggila’ di pawagam tanah air apabila setakat Isnin lalu mencatat kutipan RM71 juta selepas 19 hari ditayangkan. K Online
Adi Putra jawab Beto lebih layak jadi Mat Kilau
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET