Penumpang panik skru pesawat tercabut
Penumpang panik skru pesawat tercabut
Seorang penumpang panik apabila merakam beberapa skru sayap tercabut semasa pesawat dinaikinya berada pada ketinggian lebih 10,000 meter di ruang udara, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Dalam kejadian itu, satu skru pada fairing pesawat milik penerbangan Air China itu hilang, manakala skru-skru lain kelihatan sangat longgar.
Insiden itu dirakam pada pesawat Air China CA1921 yang melakukan penerbangan dari Beijing ke Hengyang pada 7 Julai lalu.
Penumpang yang ketakutan bertindak memuat naik rakaman itu di laman sosial, Weibo dan seterusnya tular.
Berikutan kejadian itu, Air China terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk cuba meyakinkan pelanggan tentang keselamatan mereka.
“Air China mengambil tindakan terhadap skru longgar pada fairing sayap kiri penerbangan CA1921 yang dikongsi di internet dengan membaikinya. Kami juga melakukan pemeriksaan keselamatan dan menyemak pesawat model sama yang lain,” kata syarikat penerbangan itu.
Air China bagaimanapun gagal menjelaskan bagaimana skru-skru itu menjadi longgar atau sama ada keselamatan penerbangan itu telah terjejas.
“Kemungkinan yang berlaku ialah sokongan dalam fairing telah patah atau skru longgar akibat getaran jangka panjang,” kata blogger penerbangan popular, Qiu Qing di laman sosial. K Online
Penumpang panik skru pesawat tercabut
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.