Penduduk desak dedah punca sebenar kepala air
Penduduk desak dedah punca sebenar kepala air
BALING: Penduduk yang terjejas teruk dengan tragedi kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi, Kupang minggu lalu mendesak kerajaan mendedahkan punca sebenar kejadian yang meragut tiga nyawa itu.
Ini kerana, jika bukan kerana faktor projek ladang hutan yang menjalankan tanaman Musang King di puncak Gunung Inas, penduduk tertanya-tanya apa faktor sebenar yang memburukkan keadaan berkenaan.
Mereka menggesa kerajaan memberi jaminan keselamatan kerana sebahagian besar penduduk yang mendiami kawasan berhampiran Sungai Kupang kini trauma untuk terus tinggal di sana.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain berkata, mereka bertambah resah apabila kerajaan mengesahkan Gunung Inas bukan berada dalam senarai kawasan berisiko berlaku bencana.
“Kalau bukan projek Musang King, kenapa impak teruk sangat sehingga kehilangan tiga nyawa penduduk.
“Sekarang, penduduk rasa takut untuk tinggal di sini, seolah-olah macam pihak berkaitan ada selindung fakta sebenar kerana sehingga kini, belum ada jawapan konkrit daripada pihak yang berautoriti.
“Malah, Menteri Besar yang pada awalnya minta semua tunggu laporan jabatan dan agensi berkaitan alih-alih memaklumkan tiada kolam takungan pecah di atas gunung yang seolah-olah ‘membersihkan’ pihak yang terlibat dengan Musang King daripada sebarang kesalahan,” katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, penduduk mendakwa melihat sendiri timbunan kayu dan pokok-pokok hutan bersaiz besar hanyut di Sungai Kupang sehingga membadai 15 buah rumah penduduk selain 18 buah lagi mengalami kerosakan teruk.
Sementara itu, seorang penduduk, Ismail Ramli berkata, jika benar kolam tersebut tidak pecah, limpahan airnya pasti boleh berulang lagi dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
“Kalau boleh, kerajaan hentikan betul-betul projek tanaman Musang King dan membuat sesuatu terhadap kolam takungan yang ada bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.
Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, pihaknya akan meneliti minit mesyuarat Exco kerajaan negeri terdahulu berkaitan projek Ladang Durian Musang King di Gunung Inas.
Katanya, pihak SPRM juga akan meneliti laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap kelulusan diberikan Jabatan Alam Sekitar.
“Projek ini sudah agak lama jadi banyak dokumen yang perlu diteliti semula termasuk minit-minit mesyuarat Exco dulu. Ada banyak peringkat dan perkara yang perlu dilihat semula,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pihaknya juga berkemungkinan akan memanggil syarikat yang mengusahakan ladang durian di gunung berkenaan sekiranya terdapat tanda-tanda pelanggaran syarat.
“Kita akan nilai segala aspek. Jika ada kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM, kita akan ambil tindakan dan jika tidak, kita serahkan kepada agensi lain yang berkaitan,” katanya. Utusan
Penduduk desak dedah punca sebenar kepala air
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.