Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?

APABILA Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta memutuskan untuk mengadakan proses pemilihan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ramai pihak skeptikal.

Ini kerana banyak parti dominan dan berpengalaman seperti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil keputusan menangguhkan proses pemilihan parti masing-masing sehingga selepas PRU15, susulan bimbang implikasinya membawa perpecahan serius.

Namun PKR – parti yang terkesan teruk daripada proses pemilihan kontroversi pada tahun 2018 sehingga menyebabkan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 10 bekas ahli Parlimen keluar parti – meletakkan keyakinan proses pemilihan kali ini tidak akan mengulangi krisis pemilihan terdahulu.



Perjalanan kempen pemilihan PKR kali ini dilihat bermula dengan baik, profesional dan mendapat pujian ramai termasuk pengkritik dan musuh parti berkenaan.

Bagaimanapun, pelbagai isu mula timbul apabila keputusan pemilihan parti diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) diketuai pengerusinya, Dr Zalihah Mustafa bermula 29 Mei lalu.

Bermula dengan tuntutan pelaksanaan audit forensik keputusan pemilihan parti, dakwaan berlaku penipuan besar-besaran dalam proses pengiraan undi dan diikuti keputusan pemenang pemilihan Ketua PKR Cabang Ampang yang berubah sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Proses pemilihan PKR kali ini yang sepatutnya mampu menjadi penanda aras baharu kepada amalan demokrasi matang di Malaysia, secara tiba-tiba berubah menjadi tragedi malang parti berkenaan.



Kontroversi perubahan keputusan pemilihan jawatan Ketua Wanita PKR di antara Rodziah dan Fadhlina turut menuntut penjelasan tuntas daripada JPP dipengerusikan Dr Zaliha
Kontroversi perubahan keputusan pemilihan jawatan Ketua Wanita PKR di antara Rodziah dan Fadhlina turut menuntut penjelasan tuntas daripada JPP dipengerusikan Dr Zaliha

Bahkan musuh politik PKR termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyindir parti itu dengan kisah Altimet, Hans Isaac dan Daing Muhammad Reduan Bachok yang bergilir-gilir diumumkan Ketua PKR Cabang Ampang, sudah menjadi bahan jenaka di media sosial.

Bagi ramai pemerhati politik tempatan, proses pemilihan PKR tidak sepatutnya berlaku begitu kerana kaedah pengundian secara atas talian (PAT) sudah dilaksanakan sejak tahun 2018 lagi.

Lebih membimbangkan, dari sudut demokrasi, kepincangan proses pemilihan PKR kali ini sedikit sebanyak akan mewujudkan pertikaian dan perpecahan dalaman parti termasuk kelemahan tatakelola dalam pengurusan pemilihan itu sendiri.

“Dengan sistem pengundian secara hibrid terbukti tidak sempurna, adalah wajar Kongres Nasional PKR pada minggu ini membuat satu ketetapan jelas sama ada parti itu perlu kembali kepada sistem pemilihan secara konvensional atau mengekalkan sistem satu ahli, satu undi.



“Dari sudut demokrasi sistem itu memang bagus, tetapi kepincangan sistem satu ahli, satu undi menyebabkan ia masih tidak sesuai diimplementasi sepenuhnya ketika ini. Ditambah dengan sistem PAT yang berisiko digodam, PKR harus membuat satu keputusan besar pada kongres tahunan parti itu kali ini,” ujar Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar.

Hakikatnya, kepincangan dan kelompangan yang berlaku pada proses pemilihan PKR kali ini sudah pasti menghadirkan dilema kepada parti berkenaan sama ada perlu ‘move on’ dengan memfokuskan kembali gerak kerja menghadapi PRU15 atau mengadakan pemilihan semula.

TANGGUNG RISIKO TIDAK DIJANGKA

Secara jelas, PKR sebenarnya terpaksa menanggung risiko tidak dijangka susulan perubahan beberapa keputusan mengejutkan termasuk di peringkat jawatan pimpinan tertinggi.



Ini termasuk kontroversi keputusan jawatan Ketua Wanita menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail diumumkan kalah kepada Ahli Dewan Negara, Fadhilah Sidek setelah diisytihar menang sebulan sebelumnya.

“Untuk mengadakan semula pemilihan PKR, itu adalah beban yang tidak mampu dipikul PKR.

“Tetapi untuk 1.3 juta akar umbi parti itu menerima keputusan kontroversi secara reda, ia akan menyebabkan sebahagian anggota pasif dan lesu. Mereka beranggapan proses pemilihan parti itu tidak benar-benar berlandaskan amalan demokrasi adil sebagaimana dilaung-laung Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini.

Fadhlina
Fadhlina

 



“Hakikatnya, rumusan penting daripada kontroversi kali ini adalah keputusan PKR untuk mengadakan pemilihan parti itu sebelum PRU15 dilaksanakan, sebenarnya kurang relevan kerana parti itu masih memiliki organisasi kukuh bagi menghadapi pilihan raya,” tambah Hisommudin lagi.

Bagaimanapun, bagi sebahagian pemimpin PKR, kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada penggal 2022-2025 sebenarnya bukan isu besar yang perlu digembar-gemburkan sebagai ‘bom jangka’ pemangkin perpecahan parti.

Sebaliknya, kesanggupan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan JPP mendengar keluhan akar umbi agar satu siasatan audit forensik terhadap keputusan pemilihan diadakan, membuktikan parti itu sangat mempertahankan integriti sistem tatakelola dan pemilihannya.

“Jika dilihat dari sudut lebih mendalam, dengan PKR merupakan satu-satunya parti demokratik di Malaysia yang membenarkan sistem pemilihan diadakan secara satu ahli, satu undi, sudah pasti kaedah ‘e-voting’ berasaskan aplikasi teknologi baharu akan mengundang sedikit masalah teknikal.



“Keseluruhannya, hanya segelintir sahaja ahli PKR yang mempertikaikan keputusan pemilihan kali ini. Daripada 222 cabang PKR, hanya cabang Ampang sahaja berdepan dilema bertukar-tukar keputusan, cabang lain tiada masalah,” kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin.

Berikutan itu, Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru tidak merasakan penganjuran Kongres Nasional PKR 2022 bermula 15 Julai ini, menjadikan isu pemilihan PKR sebagai fokus utama perbincangan parti.

“Saya percaya majoriti akar umbi PKR sudah ‘move on’, jadi mereka akan memilih untuk membincangkan strategi-strategi penting yang perlu direncana parti bagi memacu kemenangan PRU15,” ujar Tze Tzin.

Di sebalik kontroversi keputusan pemilihan Ketua PKR Cabang Ampang yang penuh warna-warni, Tze Tzin yakin pemimpin seperti Altimet, Hans Isaac dan Daing adalah berjiwa besar dan bersedia menerima apa jua keputusan parti dengan hati terbuka demi kepentingan lebih besar.
Di sebalik kontroversi keputusan pemilihan Ketua PKR Cabang Ampang yang penuh warna-warni, Tze Tzin yakin pemimpin seperti Altimet, Hans Isaac dan Daing adalah berjiwa besar dan bersedia menerima apa jua keputusan parti dengan hati terbuka demi kepentingan lebih besar.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker