Kenapa 22 agensi saja diberi kepercayaan bawa jemaah haji

Kenapa 22 agensi saja diberi kepercayaan bawa jemaah haji

Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) mempersoalkan Lembaga Tabung Haji (TH) yang hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat untuk menyantuni jemaah bagi menunaikan ibadah itu.

Presidennya, Dr Fathir Badri Alhadad, berkata pihaknya senada dengan

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) supaya TH membuat pusingan, sekali gus memberi peluang kepada Pengelola Jemaah Haji (PJH) lain menyantuni jemaah.

“Apa yang mungkin dimaksudkan berkaitan kartel haji itu adalah ada beberapa agensi pelancongan yang dilihat tidak pernah ditukar sejak PJH ini diperkenalkan.

“Adakah hanya 22 syarikat itu saja mempunyai kelayakan menyantuni jemaah dan daripada jumlah itu berapa pula agaknya agensi pelancongan yang dimiliki oleh agensi kerajaan (GLC).

“Pastinya agensi pelancongan GLC ini mempunyai modal pusingan yang besar, sekali gus bersaing dengan usahawan pelancongan yang menggunakan modal sendiri. Mengapa perlu dihadkan kepada hanya 22 syarikat, sedangkan kita semua sedia maklum TH sendiri menyatakan tidak mampu untuk menguruskannya sendiri disebabkan kekangan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mengenai kuota tambahan, Fathir Badri berkata, pada tahun ini kerajaan Arab Saudi memberikan 5,000 kuota tambahan kepada Malaysia untuk diuruskan oleh TH, namun pihak terbabit hanya menggunakan kuota itu tidak melebihi 2,500.

“Mengapa perkara ini boleh berlaku sedangkan yang menunggu giliran untuk menunaikan haji adalah begitu ramai.

“Jika alasannya TH tidak bersedia daripada segi logistik, kenapa tidak dibuka kepada lebih banyak agensi pelancongan untuk menguruskannya?. Dengan cara ini mungkin keadaan seperti ‘tidak dapat visa’ tidak akan berlaku. Inilah kelemahan monopoli.

“Apa yang kami sarankan TH perlu mengadakan perbincangan secara jujur dan terbuka bersama persatuan pelancongan untuk memberikan pandangan bagi membantu mereka menambahbaik fungsi TH itu sendiri,” katanya.

Fathir Badri berkata, perbincangan bersama ahlinya mendapati kedutaan Arab Saudi hanya mengeluarkan visa haji mujamallah kepada Malaysia dan bukannya visa furada.

“Ada antara ahli SAFTTA yang membawa jemaah haji menggunakan visa mujamallah pada musim haji kali ini dan tiada sebarang masalah yang timbul setakat ini.

“Kesimpulannya, kempen kesedaran berterusan perlu diberikan kepada bakal jemaah supaya tidak terpedaya dengan tawaran murah untuk mengerjakan haji menggunakan visa mujamallah mahupun furada.

“Agensi pelancongan yang mengambil kesempatan perlu dikenakan hukuman berat supaya perkara sama tidak berulang lagi. TH juga perlu memberikan lebih ruang kepada agensi pelancongan untuk menguruskan jemaah haji pada masa akan datang serta tidak hanya tertumpu kepada agensi pelancongan yang sama saja,” katanya. BH

Kenapa 22 agensi saja diberi kepercayaan bawa jemaah haji


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker