Hina Islam semasa komediri, Siti Nuramira mengaku tak bersalah
Hina Islam semasa komediri, Siti Nuramira mengaku tak bersalah
Seorang wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri minggu lepas mengaku tidak bersalah di hadapan mahkamah sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkait penghinaan terhadap agama Islam.
Siti Nuramira Abdullah didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan antara tiga hingga lima tahun.
Siti Nuramira ditahan oleh polis Bukit Aman Ahad lepas dan sejak itu, berada bawah reman.
Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan membuat persembahan komediri di kelab tersebut.
Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung dipakainya, mendedahkan pakaian tidak menutup aurat yang dipakai di dalamnya. FMT
Hina Islam semasa komediri, Siti Nuramira mengaku tak bersalah
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.