Siapa Bangang? Elok Annuar Musa Dan Anwar Ibrahim berdebat isu inflasi



Oleh Tun Teja,

ISU siapa “bangang” sebenarnya telah mengheret beberapa orang pemimpin untuk mendapat “mileage” dalam kancah politik tanahair bersandarkan kemelut inflasi yang menghantui rakyat ketika ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan campuran hari ini sebagai “bangang” dengan alasan hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang.

Jemaah Menteri telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa merupakan pengerusi pasukan khas ini.

Penubuhan jawatan kuasa khas ini mendapat kritikan dari ramai pihak memandangkan kerajaan sudah mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dimana kedua-duanya dipengerusikan Perdana Menteri.




Malah wujud juga Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertindihan tugas Pasukan Khas Jihad, Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dan Majlis Pemulihan Negara dilihat merugikan sumber yang kita ada.

Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim dikritik cuba menjadikan kos sara hidup sebagai isu politik dikala hayat politik beliau berada di penghujung tanduk. Beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap isu kenaikan harga barangan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.

Anwar Ibrahim menyumpah kerajaan campuran hari ini sebagai “bangang” namun pada masa yang sama beliau turut digelar sebagai “bangang” atas cubaan mempolitikkan isu inflasi yang kini merupakan masalah global.

Oleh itu, eloklah Annuar Musa dan Anwar Ibrahim berdebat isu inflasi bagi menentukan siapa yang “bangang” sebenarnya.






Leave a Reply

Your email address will not be published.