RoS Dijangka Akan Aniaya UMNO

Oleh Nurul Aisyah

DESAS desus Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) akan menganiaya parti UMNO semakin bertiup kencang. Rakyat mula mempersoalkan kredibiliti RoS yang berada dibawah kuasa menteri dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung PPBM.

Dendam kesumat PPBM terhadap UMNO semakin kuat apabila mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini. Tambahan pula, Hamzah dikatakan mohon masuk semula dalam parti UMNO dan mahu dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) namun permintaan tersebut dengar-dengarnya ditolak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut mempersoalkan tindakan RoS yang masih belum meluluskan permohonan meminda perlembagaan oleh partinya.

Pindaan tersebut tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU Khas) pada Mei lalu. Ia bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas PRU-15.

Beliau mempersoalkan kenapa keputusan permohonan UMNO tersebut lambat dimuktamatkan. Sekiranya permohonan UMNO untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan maka kenapa permohonan Malaysian Chinese Association (MCA) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) boleh lulus tanpa sebarang masalah.

Jika benar desas desus RoS tidak meluluskan permohonan UMNO tersebut, badan tersebut akan dilihat sebagai alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana menterinya daripada PPBM.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021.

Berdasarkan perkiraan tersebut, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker