MPN sudah tidak berkesan

MPN sudah tidak berkesan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MPN) sejak awal tidak membuahkan hasil dan hanya berfungsi sebagai penasihat kerajaan sahaja.

Memberi contoh, beliau berkata fungsi berkenaan sudah diambil oleh badan pemikir berwibawa seperti Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang selama ini bergiat aktif dalam memberi nasihat serta syor kepada kerajaan.



“MPN hanyalah satu platform untuk memberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti beliau dan tidak semestinya bersuara bagi pihak rakyat dan kepentingan negara.

“Majlis Pemulihan Negara sudah gagal. Sudah tiba masanya kerajaan membubarkan sahaja majlis itu dan memberikan kelapangan kepada kementerian dan menteri daripada melayan dan menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini.

“Saya ingin menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai Mantan Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kepimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr Mahathir (Mohamad). Itu lebih elok,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempersoalkan apakah peranan Muhyiddin yang dilantik sebagai Pengerusi MPN sejak tahun lalu dalam membantu kerajaan membendung inflasi.



Beliau mendakwa, sehingga kini belum nampak sebarang pelan pemulihan ekonomi yang MPN bentang atau cadangkan, bukan sahaja ketika krisis inflasi hari ini, tetapi sejak hari pertama pelantikan beliau.

Dalam pada itu, Zahid berkata kerajaan sudah mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai beberapa menteri dan ia adalah langkah yang baik, sejajar dengan saranan saya untuk Kerajaan Persekutuan menangani masalah inflasi, kos sara hidup dan sekuriti makanan dengan lebih tersusun melalui kerjasama rentas kementerian.

“Bagi saya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, MPN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah rakyat,” katanya. FMT

MPN sudah tidak berkesan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker