Rakyat Kelantan Kena Minta Air Bersih Sungguh-sungguh

Oleh Nurul Aisyah

RUPA-rupanya rakyat Kelantan perlu suarakan keinginan mereka jika mahu kerajaan PAS negeri tersebut bertindak dengan segera. Adakah rakyat Kelantan tidak mahu air bersih disalurkan ke rumah mereka?

Jika anda benar-benar mahukan air yang bersih maka anda perlu beritahu kerajaan PAS Kelantan yang sedang memerintah negeri anda.

Isu air kotor di Kelantan bukan lagi rahsia. Sejak PAS memerintah negeri tersebut berpuluh tahun lalu, air bersih masih lagi menjadi igauan semata-mata.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah membuka minda kita seolah-olah selama ini rakyat Kelantan tidak pernah mahukan air bersih untuk kegunaan harian.

Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik pengharaman pawagam di negeri itu memandangkan tiada permintaan di kalangan rakyatnya, kata timbalan menteri besar, Mohd Amar Abdullah.

Dalam temu bual dengan saluran youtube FengRenGuan, Mohd Amar berkata rakyat Kelantan mempunyai pilihan lain untuk menonton filem dan kerajaan negeri tidak menghalang mereka berbuat demikian.

“Orang Kelantan sendiri tidak bising pasal pawagam sebab mereka boleh tengok dekat Netflix. Netflix boleh tengok semua. Jadi kenapa kena bayar duit pergi pawagam.

“You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok,” katanya.

Walaupun beliau bercakap isu pawagam namun kita boleh kaitkan dengan kemudahan prasarana untuk rakyat Kelantan. Kerajaan negeri tersebut perlu lebih proaktif dalam memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat mereka. Lihat saja bagaimana pantai-pantai di negeri tersebut tidak diuruskan dengan baik sedangkan ianya mampu menjana ekonomi buat rakyat Kelantan.

Baru-baru ini, larangan pawagam itu menimbulkan kontroversi sekali lagi selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menonton filem Mat Kilau di sebuah pawagam di Lembah Klang.

Ahmad Fadhli pada 2016 menentang pembukaan pawagam di Kelantan kerana berpendapat ia akan membawa kepada masalah sosial, mendorong netizen mendakwanya melakukan dwistandard.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker